Projek kondominium dipantau
May 26, 2014
AMPANG - Satu jawatankuasa bertindak Tasik Pandan Perdana, Ampang, ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek kondominium di sepanjang Jalan Perdana 3/10, Pandan Perdana membabitkan tapak Rumah Kelab Taman Tasik Pandan yang bakal dimulakan kira-kira dua bulan lagi.
Adun Teratai, Tiew Way Keng berkata, penubuhan jawatankuasa itu membabitkan penglibatan penduduk dan juga pihak berkepentingan bagi memastikan projek berkenaan tidak memberi kesan buruk terhadap penduduk dan kawasan sekitar.
Menurutnya, ia akan menjadi rujukan awal pemaju dalam menyampaikan maklumat terkini dan sahih berhubung perjalanan projek sebelum dimaklumkan kepada penduduk lain.
“Dengan usaha ini diharapkan tidak akan timbulnya informasi yang tidak tepat. Jawatankuasa yang dibentuk ini antara lain memastikan taman riadah awam tidak terjejas, bilangan parkir mencukupi, projek dilaksanakan mengikut jadual dan juga perkembangan terkini inisiatif berhubung aliran trafik,” katanya selepas sesi dialog bersama penduduk Pandan Perdana dan pihak pemaju Best Boulevard Sdn Bhd.
Isu bantahan projek kondominium berkenaan bermula sejak tahun lalu di mana sebelum ini sering dibangkitkan oleh bekas Adun Teratai, Janice Lee Ying Ha dan bekas Ahli Parlimen Pantan, Datuk Seri Ong Tee Keat bersama penduduk sekitar.
Antara isu yang dibangkitkan termasuk kebimbangan struktur kediaman di kawasan sekitar akan terjejas dan juga pengekalan kawasan hijau sebagai taman awam.
Dalam pada itu, Pengarah Projek kondominium berkenaan, Lee Yeow Hian berkata, isu-isu yang dibangkitkan hampir sama setiap kali sesi pertemuan diatur bersama penduduk.
Katanya, sebelum ini timbul maklumat palsu projek kondominium itu akan menimbus tasik menyebabkan ramai penduduk membantah.
“Berhubung kebimbangan struktur kediaman akan terjejas, kita akan melantik konsultan bebas bagi melihat keadaan sekarang untuk dibandingkan jika terdapat kesan-kesan retak dalam tempoh projek dijalankan.
“Kini kerja-kerja perobohan dan pembersihan Rumah Kelab sedang dalam peringkat akhir dan kita juga dalam proses melantik kontraktor untuk memulakan projek dalam dua bulan lagi,” katanya.
Tambahnya, kebimbangan penduduk berhubung taman awam, ia tidak menjadi isu kerana ia akan kekal sebagai taman awam.
“Sebagai pemaju projek kami hanya menaik taraf kawasan taman itu dan kita juga akan membina dewan komersial bagi menampung kos penyelenggaraan taman,”katanya.
Sementara itu, ahli jawatankuasa bertindak, Lee Meo Chong, berkata, pemaju diharap dapat melindungi kediaman penduduk sekitar dengan insuran sekiranya membabitkan struktur terjejas.
“Banyak kesan buruk yang akan dihadapi penduduk termasuk pencemaran bunyi apabila projek dimulakan nanti,” katanya.
Bagi Zaithol Akmar Mat Ariff, 59, sebagai pengguna taman rekreasi berkenaan, dia berharap projek itu nanti tidak menjejaskan kawasan riadah untuk orang awam.
“Apabila pemaju memaklumkan ia akan dinaiktaraf, kita harap taman itu lebih terjaga selepas ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment