TERKINI
Mayat lelaki reput ditemui terapung di perairan Tanjung Gelang
04/02/2014 10:32pm
KEMAMAN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung kira-kira enam batu nautika sebelah timur perairan Tanjung Gelang, Kuantan oleh Maritim Malaysia (APMM) Kemaman, hari ini.
Penolong Pegawai Memerintah KM Bagahak, Leftenan Daya Zainal Abidin Abu Bakar berkata, mayat yang telah reput dan tanpa pakaian itu ditemui kira-kira pukul 11 pagi.
Katanya, mayat yang tidak diketahui identiti itu dibawa ke Pangkalan APMM Kemaman di Bukit Kuang, Kijal kira-kira pukul 12.40 tengah hari oleh kapal maritim (KM) Bagahak.
"Sebaik menerima maklumat, kita bergegas ke lokasi kejadian berpandukan maklumat nelayan tempatan yang menemui mayat itu.
"Kita mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menaikkan mayat ini ke dalam kapal sebelum mula bergerak untuk kembali ke pangkalan," katanya kepada pemberita di sini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_28.htm#ixzz2sMeYW0Iu
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment