By:
AbangNara
Kontroversi sungguh statement yang dikeluarkan oleh Ana Dahlia di portal Murai ini. Pasti pelbagai telahan yang akan dikeluarkan oleh mereka yang membacanya. Kenyataan ini dikeluarkan kerana Ana Dahlia menerima terlalu banyak tuduhan dan cemuhan selepas bercerai dengan Chef Riz.
Menurut Ana, Chef Wan, bekas bapa mertuanya tahu yang punca penceraian sebenar bukanlah datang daripada dirinya. Kata Ana:-
Saya tahu sampai saat ini pun orang masih lagi mengata macam-macam tentang saya dan menganggap punca perceraian ini adalah disebabkan oleh saya. Biarlah apa yang mereka hendak kata. Yang penting saya tahu, keluarga tahu dan keluarga Riz khususnya Chef Wan tahu bahawa masalah yang membawa kepada perceraian ini bukan berpunca daripada saya.
Tambah Ana Dahlia lagi, masalah ini telah pun bermula sejak mereka berdua berkawan lagi. Nampak gayanya, walaupun selepas bergelar suami isteri, masalah tersebut tetap ada dan menjadi semakin besar sehingga menyebabkan penceraian.
Saya juga tidak mahu berkata lebih-lebih kerana macam yang sudah banyak kali saya katakan sebelum ini, ianya ada kaitannya dengan aib orang. Sebenarnya masalah ini mula timbul sejak kami berkawan lagi. Tapi, saya adalah jenis orang yang suka beri peluang pada orang lain untuk berubah. Sebab saya percaya, kalau kita buat macam itu pada orang, orang pun akan buat juga macam itu pada kita. Tapi, ianya tetap berterusan dan setelah berusaha saya kira Allah SWT juga mengatakan bahawa sampai di sini sajalah pengakhirnya, maka sampai di sini sajalah.
Abang Nara berharap inilah kenyataan terakhir daripada Ana Dahlia mengenai penceraiannya. Takut kalau cakap lagi, makin banyak kontroversi yang akan timbul. Ambillah ini sebagai pengajaran dalam mencari suami seterusnya. Jangan semborongan sahaja.
No comments:
Post a Comment