Wednesday 26 February 2014

Dua maut kemalangan tiga kenderaan

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Seorang pemandu dan kelindan lori Pos Laju maut dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah lori, sebuah motosikal dan lima individu di Kilometer 251.9 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan jam 4.10 pagi tadi.
Sumber polis berkata, pemandu yang meninggal adalah Hasmadi Safar dan kelindan, Mohd Shahrim Mohd Saad akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 
Katanya, punca kemalangan disebabkan sebuah treler yang membawa muatan plastik dari arah Pedas/Linggi menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan baja turut menghala arah yang sama. 

Menurutnya, akibat pelanggaran itu treler berkenaan memasuki arah bertentangan dan melanggar lori dinaiki pemandu dan kelindan Pos Laju yang dikatakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke selatan.
Foto

"Pemandu lori dan kelindan Pos Laju berkenaan maut di tempat kejadian manakala sebuah motosikal yang berada di dalam kenderaan itu turut terbakar.

"Bagaimanapun pemandu treler yang melanggar hanya alami cedera ringan manakala pemandu dan kelindan lori muatan baja cedera parah," katanya. 

Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

No comments:

Post a Comment