Pelakon Liza Abdullah, 50 tahun sah bercerai talak satu dengan suaminya Zolkifli Abdul Rahman, 58 tahun. Lafaz cerai dilakukan kira-kira jam 3.05 petang hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Sebelum lafaz cerai dibuat, pasangan itu menangis teresak-esak dan berpelukan sesama sendiri. Turut hadir ialah 2 orang daripada 4 anak pasangan ini.
Mereka berdua telah pun berkahwin selama 26 tahun. Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil, ahli keluarga dan beberapa lagi rakan artis telah datang menemani Liza Abdullah di mahkamah. Liza Abdullah hadir dengan memakai jubah hitam. kedua-dua anak pasangan ini dilihat menangis ketika perbicaraan kes ini berlangsung.
Takziah diucapkan kepada Liza Abdullah dan keluarga atas penceraian ini. Semoga ada hikmah di sebaliknya. Info asal Mstar Online .
No comments:
Post a Comment