Tuesday, 11 February 2014

Saturday, 6 October 2012

Khasiat Kurma : Kurma Makanan Sunnah


Kurma atau tamar antara buah yang disebutkan Allah di dalam al-Quran. Pasti ada kelebihan dan khasiat kurma yang menyebabkannya buah istimewa.

Antara khasiat kurma;
1. Membiasakan makan kurma ketika hamil membantu menguatkan otot-otot rahim, membantu memudahkan proses bersalin (seperti yang dilakukan Maryam ibunda Nabi Isa semasa sakit hendak melahirkan nabi yang mulia)
2. Kurma mempunyai sumber tenaga yang mengandungi gula berunsur buahan dengan kadar yang tinggi (kenapa Rasulullah menggalakkan kita berbuka puasa dengan kurma, memberi tenaga segera)
3. Vitamin A yang ada pada kurma boleh membantu menyembuhkan penyakit cepat rabun pada mata.
4. Kurma boleh membantu menstabilkan tubuh yang tegang dan emosi yang tidak stabil
5. Kandungan Vitamin B pada kurma boleh membantu menguatkan otot-otot pada tubuh
6. Adakah anda tahu kurma adalah makanan yang boleh membantu sistem penghadaman untuk memproses makanan
7. Kurma boleh menormalkan saluran kencing dan mencuci buah pinggang
8. Kurma dapat membersihkan hati dari racun atau bakteria dan menegangkan ketegangan saraf
9. Kurma mengandungi kadar gula normal yang tinggi yang memudahkan tubuh menyerap glukosa yang dihasilkan
10. Kurma dapat menghentikan pendarahan ketika melahirkan
11. Kurma mudah lunak yang dapat membersihkan usus besar ketika bersalin

No comments:

Post a Comment