40 hektar hutan Gerik terbakar
Tarikh: February 26, 2014
IPOH – Hampir 40 hektar kawasan hutan di Gerik membabitkan empat lokasi berasingan dikesan terbakar, sejak kelmarin.
Kejadian berpunca daripada aktiviti pembakaran tidak terkawal itu membabitkan Gunung Tujuh, Kuala Kenderong seluas (8 hektar), Kampung Air Bah, Kenering (12 hektar), kilometer 17 Jalan Timur Barat (12 hektar) dan Pulau Banding, Tasik Temenggor (8 hektar).
Ketua Zon Perak Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Zainuddin Abdul Rahim berkata, kebakaran pertama dikesan sekitar jam 8 malam, kelmarin di tiga lokasi tanaman semula getah.
Sementara lokasi terbaharu di Pulau Banding dikesan melalui pemantauan udara yang dilakukan anggota sekitar jam 4.30 petang, semalam.
“Ada sebahagian lokasi ini berada hampir dengan penempatan, seperti di Pulau Banding, kebakaran berlaku hanya kira-kira 50 meter dari sebuah resort.
“Penempatan anggota kita di lokasi berjaya mengawal keadaan menjadi lebih buruk, dengan keadaan cuaca kering dan angin kuat, api menjadi mudah merebak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sehingga jam 6 petang, semalam kebakaran di tiga lokasi pertama menunjukkan keadaan semakin reda, namun asap masih kelihatan, manakala di Pulau Banding, api kelihatan sedikit menjulang, namun masih berada dalam kawalan bomba.
Zainuddin berkata, kedudukan lokasi kebakaran yang jauh dari laluan utama sedikit menyukarkan operasi pemadaman dilakukan.
“Untuk ke Gunung Tujuh, kita terpaksa menggunakan laluan air selama 20 minit dan untuk masuk ke lokasi kebakaran anggota perlu menempuh perjalanan selama satu jam.
“Walaupun ada sedikit kesukaran, dengan pengalaman yang ada, kita berjaya mengawal keadaan ini dengan baik, punca air baru dapat dikesan dan dijangkakan esok (hari ini), kebakaran di semua lokasi akan diminimumkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, keempat-empat lokasi berada jauh antara satu sama lain menyebabkan bilik kawalan perlu dibuka secara berasingan.
Katanya, bagi memenuhi sistem kawalan dan pemantauan itu, pihaknya akan menambah jumlah anggota terbabit.
“Kita akan bentuk satu pasukan keselamatan dengan pembabitan anggota lebih ramai dari setiap balai seluruh negeri, buat masa ini, seramai 50 anggota terlibat dan jumlah itu akan ditambah antara 50 hingga 100 anggota lagi,” katanya.

No comments:
Post a Comment