Tuesday, 25 February 2014

Proses pembenihan awan ditangguh

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
KUALA LUMPUR: Proses pembenihan awan yang sepatutnya dilaksana hari ini ditangguhkan berikutan keadaan atmosfera yang stabil dan tidak sesuai untuk pembenihan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah ketika hadir membuat tinjauan persiapan akhir pembenihan awam di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini. 
Bagaimanapun beliau berkata, proses itu dijangka diteruskan esok atau hari berikutnya berdasarkan keadaan cuaca semasa serta pemantauan kedudukan awan menerusi radar Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). 

Sementara itu, persiapan proses berkenaan sudah dimulakan sejak jam 10 pagi tadi menerusi aktiviti mencampurkan garam ke dalam air.
Foto
JMM bersama anggota TUDM membuat persiapan proses pembenihan awan. FOTO Sairien Nafis

Sebanyak 500 kilogram garam dan empat tangki air dengan kapasiti maksimum 1,000 liter setiap satu digunakan untuk menjalankan proses terbabit, selain pesawat Hercules C-130 milik TUDM.

No comments:

Post a Comment