Wednesday 26 February 2014

‘Isteri saya curang’

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
Kuantan: “Dia curang,” kata seorang lelaki memberi keterangan ketika perbicaraan anak lelakinya yang dituduh mencedera, mengugut serta merosakkan kereta isteri keduanya (ibu tiri tertuduh) kepada Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Lelaki berkenaan yang tampil selepas diminta mahkamah memberi keterangan berkata, anaknya, Muhammad Syaiful Fakhri M Sidi, 22, bertindak demikian kerana mendakwa isteri keduanya itu curang. 
Majistret Jessica Daimis kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Muhammad Syaiful Fakhri dari Ajil, Terengganu, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada ibu tirinya yang berusia 35 tahun di tepi Kolej Kejururawatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada jam 6.20 pagi, 23 Februari lalu, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.
Foto
SYAIFUL dijatuhi hukuman denda RM4,500 selepas didapati bersalah.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dia dituduh mengugut mangsa menggunakan sebatan rotan manakala pertuduhan ketiga, didakwa menyebabkan kemek di bahagian hadapan bonet kereta PROTON Gen-2 milik mangsa menggunakan rotan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26

No comments:

Post a Comment