Tuesday 25 February 2014

Wanita maut, 2 pelajar cedera

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Gombak: Seorang wanita maut selepas van sekolah dipandunya bertembung dengan kereta PROTON Wira di simpang masuk ke Perdana Residence, selayang pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, dua pelajar sekolah yang berada di dalam van terbabit cedera dan patah kaki manakala pemandu kereta turut patah kaki. 
 
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, van terbabit dalam perjalanan dari arah Selayang Jaya ke Perdana Residence. 
  
Menurutnya, bagaimanapun ketika tiba di simpang terbabit van membelok ke kanan namun tiba-tiba sebuah kereta datang menyebabkan mangsa tidak sempat menggelak dan merempuh kereta itu.
Foto
  
"Akibatnya mangsa yang mengalami kecederaan parah maut di tempat kejadian sementara dua pelajar yang berada di dalam van terbabit seorang cedera ringan dan seorang patah kaki dan bahu.
  
"Pemandu kereta terbabit turut patah kaki dan mereka dihantar ke Hospital Selayang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

No comments:

Post a Comment