Wednesday 26 February 2014

Jalan ditutup akibat asap tebal

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
PEKAN: Pengguna lalu lintas yang menggunakan Jalan Kuantan-Pekan dari arah Kuantan terpaksa berpatah balik selepas polis bertindak menutup jalan di Kilometer 15 apabila kawasan berkenaan dilitupi asap tebal berikutan kebakaran belukar petang tadi.
Kebakaran itu juga menyebabkan jarak penglihatan terhad iaitu kira-kira 10 meter.
Jurucakap polis berkata, laluan berkenaan ditutup kira-kira jam 6 petang tadi hingga menyebabkan kesesakan tiga kilometer.

Kebakaran belukar berhampiran Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di Jalan Pekan-Kuantan menyebabkan seluruh kawasan berhampiran diselubungi asap tebal, jam 4 petang tadi .
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26

No comments:

Post a Comment