Thursday 14 July 2016

*Tazkirah Hari Ini (12.07.2016)*:


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh,maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar." (Hud 11:11)

Amal soleh tidak akan terlaksana kecuali dengan sabar. Sabar sebelum beramal adalah mengikhlaskan niat dan membersihkannya dari riak kerana amal perbuatan ditentukan oleh niat. Sabar ketika beramal pula adalah menyempurnakannya sesuai dengan bentuk dan pola yang dikehendaki oleh syariat dan sunnah.

Sabar sesudah beramal adalah dengan menghindari sifat yang akan membatalkannya seperti ujub (berbangga diri), ghurur (lupa diri) dan perkara lain yang dapat merosakkan amal soleh.

(Dr. Yusuf Al-Qaradawi - Dahsyatnya Sabar)


https://m.facebook.com/paizahismail.oliveoil/
HOTLINE 013-4541591

No comments:

Post a Comment