Monday, 11 July 2016

KERANA KETAMAKAN, KESELAMATAN PENGGUNA DIPERJUDIKAN.

Didalam kegairahan pengguna mencari penjimatan ketika menggunakan perkhidmatan awam, #SPAD dan beberapa lagi agensi #Kerajaan seperti #KementerianPengangkutan dilihat mengambil pendekatan ingin menghalalkan kegiatan kereta sapu yang menyalahi #Undang-Undang.

Sekalipun kedua-dua agensi Kerajaan itu sedar aktiviti tersebut bercanggah dengan Perundangan #Negara, namun demi kepentingan tertentu, mereka mencari jalan untuk membenarkan aktiviti haram tersebut diluluskan di Kabinet zaman pemerintahan YAB Dato' Sri Najib.

Diantara cadangan yang dikemukakan SPAD dan Kementerian Pengangkutan ialah :

1. Memansuhkan kewajiban memiliki Lesen PSV.

2. Mengurangkan jumlah pemeriksaan kenderaan di #PUSPAKOM dari 2 kali setahun kepada 1 kali setahun.

Keadaan ini jelas membuktikan SPAD dan Kementerian Pengangkutan seakan-akan terdesak, mereka tidak lagi mengutamakan keselamatan pengguna, sebaliknya mereka seperti ingin menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Pemansuhan kewajiban memiliki lesen PSV akan menyebabkan lebih ramai pemandu tidak berkelayakkan memandu kenderaan pengangkutan awam, ia akan menyebabkan pengangkutan awam darat khususnya kelas teksi Negara tidak selamat.

Pengurangan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM akan menyebabkan sesebuah kenderaan yang dijadikan kenderaan perdagangan tidak diselenggarakan dengan betul dan mengikut jadual, keadaan tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna, malah ia akan menyebabkan jalan raya dinegara kita tidak selamat.

Tidak mustahil selepas ini imej pengangkutan awam darat negara, khususnya teksi akan dilebelkan yang terburuk dan tidak selamat didunia.

PERSOALANNYA :
1. Tanpa PSV, apakah keupayaan SPAD memastikan pemandu yang ingin memandu kenderaan perdagangan, layak dan cekap?

2. Apakah jaminan SPAD kos latihan yang akan diuruskan E-Hailing tidak akan membebankan pemandu?

3. Jika Uber & Grabcar ingin diluluskan kerana kemajuaan teknologi dan disukai pengguna, kenapa perjudian bola secara online dibenteras?

4. Bukankah aktiviti tersebut juga kemajuan teknologi dan disukai pengguna (kaki judi)?

KESIMPULANNYA :
Ketamakan pihak-pihak tertentu didalam Kerajaan telah mengharu-birukan sistem pengangkutan awam darat Negara, dan menyulitkan kelancaran #Transformasi yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri, malah keadaan tersebut secara tidak langsung akan memperjudikan keselamatan pengguna.

#JPJ yang selama ini begitu tegas mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya dan sering melaungkan "Tidak Berkompromi" dilihat longlai dan hilang arah dalam menangangi isu kereta sapu moden (#Uber & #Grabcar).

#KamalPERS1M

No comments:

Post a Comment