Sunday 3 July 2016

BENARKAH 75% PENGGUNA MALAYSIA MEMILIH UBER?

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi #SuruhanjayaPengangkutanAwamDarat #SPAD, #SyedHamidAlbar memaklumkan kepada pihak media kaji selidik yang dijalankan dalam talian melibatkan 45,000 pengguna, mendapati 75% pengguna memilih perkhidmatan kereta sapu.

Sehubungan dengan itu beliau telah mengarahkan pihaknya meneliti dan membuat beberapa perubahan sebelum ia dibawa ke #Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

KESIMPULANNYA :
Inilah yang dikatakan pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, kadang-kadang orang yang diangkat, diberi nama dan pangkat lebih bangang dari orang biasa

Beliau terlalu yakin dan pasti kaji selidik dalam talian yang melibatkan 45,000 pengguna oleh pihaknya adalah benar dan tepat. Tetapi beliau terlupa dengan golongan pengguna teksi yang tidak menggunakan aplikasi.

Selain itu dalam sebuah pertemuan di makmal SPAD, saya mendapati pegawai-pegawai SPAD bersetuju kaji selidik yang di buat dalam talian adalah tidak benar dan tidak tepat, ia kerana besar kemungkinan kaji selidik tersebut telah dipengaruhi oleh jentera-jentera IT syarikat aplikasi kereta sapu #Uber dan #Grabcar.

Keadaan ini jelas membuktikan Syed Hamid Albar adalah individu yang tidak layak diamanahkan sebarang jawatan didalam SPAD, beliau bukan sahaja telah menabur pasir ke dalam periuk nasi pemandu teksi, sebaliknya beliau telah gagal memastikan dasar Kerajaan terlaksana.

Apa yang dilakukan beliau bertentangan dengan dasar Kerajaan yang ingin melihat mutu perkhidmatan teksi dinaiktaraf, tanpa mengenepikan kebajikan dan ekonomi pemandu teksi.

Memberi kesamarataan kepada kereta sapu yang mencabuli Perlembagaan Negara, sama seperti memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin, ia adalah satu pengkianatan terhadap Negara.

No comments:

Post a Comment