minggu lepas dari penang blk ke taiping stering mula bergegar..suspek utama memang tayar lah puncanya..so g lah kedai tayar area taiping mnta dorg cek...ya memang btl tayar dh bengkak..esk nk ke melaka pulak..nk x nk kene tkar jgk.so tanya lah pomen tu harga tayar..yg second tayar korek pon dh rm80.yg baru ada yg rm175/185.baik amik yg baru.puas hati.minta dorg bw keluar tayar tu nk tgk.pomen tu pon bw lah tayar baru yg harga 175..bila tanya tahun buatan tayar tu muka pomen dh mula cuak...baru dia habaq tayar tahun 2011.so apa lg kene sound lah."tayar lama u jual rm175 ke.u tau x tayar ni dh expired.mana blh jual harga ni".sy suruh dia p tanya tokey berapa harga tayar tu.mula² dorg bg rm120.dok minta kurang sampai dpt rm105 untuk sebiji tayar.hrmm tayar korek pon dh rm80.baik amik yg ni.so dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga rm420 rim 15'.moral of story..sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar..dorg akan keluarkn tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru.so kalau yg nk tukar tayar tu hati² lah supaya kita x tertipu.di bawah ada senarai kod² yg patut kita tahu.moga dapat manfaat bersama. Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Group² Lain....
Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua....forward dr grup lain
No comments:
Post a Comment