Friday 29 July 2016

NASIB UBER & GRAB LAGI 2 BULAN

Putrajaya: Kerajaan akan membuat keputusan sama ada membenarkan perkhidmatan Uber dan GrabCar untuk beroperasi seperti pengusaha teksi biasa atau sebaliknya selewat-lewatnya selepas Ogos atau September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini berada dalam peringkat akhir untuk membuat keputusan muktamad terhadap kertas kerja mengenai perkhidmatan itu sebelum dikemukakan kepada Kabinet.

"Sepatutnya ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, namun SPAD mahu ia dilaksanakan pada Ogos atau September ini kerana mahu memperhalusi kertas kerja ini dengan membuat beberapa penelitian.

"Kita akan meneliti dan melihat pandangan dari semua pihak supaya keputusan muktamad itu munasabah untuk kita pertimbangkan di kabinet nanti," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di sini, hari ini.

Pada majlis sama, turut berlangsung penyerahan tugas portfolio menteri bertanggungjawab bahagian undang-undang yang sebelum ini disandang Nancy kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkuatkuasa 28 Jun lalu.

Sebelum ini, SPAD dilaporkan berkata, pihaknya membuat kajian menyeluruh mengenai perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar bagi memastikan ia tidak mengganggu gugat industri teksi sedia ada, selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengawal selia penggunaan aplikasi Uber dan GrabCar.

Menurut laporan itu, kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkhidmatan Uber dan GrabCar di negara ini selepas perbincangan di peringkat Kabinet dilaksanakan kelak.

#RealCoordinator

Selanjutnya - http://bit.ly/2ajgssE

No comments:

Post a Comment