Tuesday, 26 July 2016

OFFICIAL MEDIA "MALAYSIAN TAXI INDUSTRY"
#MalaysianTaxi "Save Our Taxi Industry"
Twitter : @malaysiantaxi4u
Pages : http://facebook.com/malaysiantaxi
Website : http://malaysiantaxi.org
Email : official@malaysiantaxi.org

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera!

Sekitar 2 minggu lalu saya ada memaklumkan bahawa #SyedHamidAlbar akan bersara dari jawatan Pengerusi #SPAD ekoran kontrak yang tidak di sambung di samping tekanan yang di berikan oleh pelbagai pihak khususnya Warga Pemandu Teksi sendiri dan penggantinya juga berasal dari #Johor!

Sebenarnya saya tidak berminat hendak mendedahkan siapakah dia individu yang bakal menggantikan jawatan Pengerusi tersebut kerana melihat tidak akan ada perubahan drastik yang bakal di laksanakan oleh bakal orang baru ini.

Jadi, tumpuan utama adalah dengan memberikan tekanan berterusan sehingga pihak yang berkenaan akur walau pun ianya adalah suatu usaha yang sukar tetapi atas desakan ramai JP yang tetap ingin tahu siapakah dia individu yang bakal menggantikan jawatan tersebut, maka saya kongsikan info berkenaan dengan anda semua.

Info berkenaan datangnya dari sumber yang boleh di percayai, sungguh pun begitu perubahaan di saat-saat akhir juga boleh berlaku tanpa sebarang pemberitahuan.

Hanya masa yang akan meneruskan sejauh mana kebenarannya!

Apa yang mampu kita lakukan tunggu & lihat di samping mengusahakan sesuatu yang membawa manfaat kepada industri, in shaa allah!

Info : http://bit.ly/spadnewchairman ?

Harap maklum!

#RealCoordinator
#RealTaxi
#PengurusanMT

No comments:

Post a Comment