ALOR SETAR – Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam. Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti. Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini. Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama. Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang. Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya. Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim. Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam. Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini. Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan. Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam. Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini. “Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan,” katanya. – PHOTO BY- SinarHarian Apa Komen dan Pendapat Anda Artikel Berkaitan Khalwat: Warga Bangladesh Sanggup Sembah Kaki Dalam "Jenayah" Pelakon Berstatus Janda Ditangkap Khalwat Dalam "Mutakhir" Taktik Sewa Dua Bilik Untuk Berasmara, Gagal Dalam "Jenayah" Sanggup mengaku bukan Islam Dalam "Nasional" Wanita Berstatus Isteri Orang Dicekup Berkhalwat Dalam "Jenayah" Masih sanggup layan nafsu songsang di bulan Ramadhan Similar post BERITA PILIHAN DI SAYANG SABAH Ucapan tahun baharu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman Rumah panjang dibina untuk mangsa kebakaran Kg Balantos Rozaimi masih congak masa depan JKR diminta baiki jambatan rosak dengan segera Kedai Lampu Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan Cinta Rasul BUKAN Hanya Slogan Mukaddimah – Menaiki Bahtera Kekuatan Hati Yang Kamu Lupa Jaga Berlindung Dari ‘Aku’ ! Bagaimana cara untuk menahan marah dan menghapuskan dendam? ‘Piling’ Bernama Keimanan Banyak lagi... KABINET NEGERI SABAH Berita Terkini Penubuhan DUN Limbahau akan dipertimbangkan 22 mins ago Program Back To School “Jelajah gunting rambut” 22 mins ago OP Ambang Tahun Baru 2016 di empat kawasan berbeza 2 hours ago Rehat sekejap alasan pasangan kekasih elak dicekup 3 hours ago Tindakan Tegas Terhadap Pihak Gagal Laksana Rebat Prabayar 3 hours ago Kedatangan tahun baru 2016 disambut meriah 3 hours ago Polis Kota Kinabalu Keluar 150 Saman Dalam Op Ambang Tahun Baharu 4 hours ago Sutera Harbour New Year’s Eve Non-Stop Mega Party’ disambut meriah 9 hours ago RTM Lakukan Pembaharuan Siaran TV, Tambah Masa Berita Dari Sabah, Sarawak – Salleh 9 hours ago Ditemui selamat, rupanya tidak diculik 10 hours ago Lagi Berita To contact Sayang Sabah feel free to email or call: Editorial: Advertising: Chief Editor: Contributor: +6 0111 906 6937 +6 088 487 818 chiefeditor@sayangsabah.com s@sayangsabah.com Administration: Ads & Promo: admin@sayangsabah.com roslan@sayangsabah.com Copyright © 2015 Sayang Sabah Ltd. All Rights Reserved. Staff Login
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/janda-tidak-hormati-ramadhan-dicekup-berkhalwat/
No comments:
Post a Comment