Mayat tergantung celah kren
Mayat tergantung celah kren
Petaling Jaya: Seorang pekerja pembinaan warga China maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kren tumbang ketika kerja pembinaan sebuah jejambat menghubungi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Damansara di sini, hari ini.
Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Li Yi Jia, 50, manakala identiti tiga lagi yang cedera iaitu warga tempatan, China dan Myanmar masih belum diketahui.
Beliau berkata Li bersama dua lagi sedang melakukan kerja pembinaan tiang jejambat menghubungkan LDP dengan pusat komersial Empire yang sedang dibina di Jalan Bukit Lanjan 8, dekat sini, apabila kren yang dinaiki tumbang dipercayai terlebih muatan.
"Li maut akibat tergantung dan tersepit di celah besi kren yang tumbang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang tadi, manakala dua rakannya terjatuh dan mengalami cedera ringan dihempap besi kerangka," katanya.
No comments:
Post a Comment