Tuesday 1 December 2015
Petaling Jaya, 1 Dis - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan harga tambangnya sebanyak RM 20, menjadikan harga terbaru RM55, bermula 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Harga tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, kadar tersebut adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM 64 bagi perjalanan sehala.
Namun, pihaknya akan bekerjasama denga pihak korporat untuk membantu meringankan beban pengguna berikutan kenaikan tersebut.
“Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini tanpa berkompromi dengan mutu perkhidmatan dan piawaian keselamatan, ” katanya memetik laporan FMT.
Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan kerjasama dengan MasterCard bagi menawarkan potongan harga kepada pengguna.
Kata Noormah, sebagai contoh pengguna yang menggunakan MasterCard cuma perlu membayar RM40 jika dibandingkan dengan harga baharu RM55.
Katannya juga, potongan harga sehingga 20% bagi sesetengah pemegang kad kredit juga akan disediakan dan kini perbincangan mengenainya sedang dibuat dengan bank-bank terlibat.
Selain itu, potongan sebanyak 10% juga boleh dinikmati apabila pengguna membeli tiket dalam talian, apliaksi telefon bimbit dan kioks ERL sama seperti pengguna yang menggunakan kad Touch n Go. - Siakapkeli.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment