Saturday 26 December 2015

Korban masa

Di Tesco, dia dibayar RM7 sejam dan dia bekerja empat jam setiap hari kecuali Isnin. Dan sudah pasti, dia terpaksa korbankan masa bersama keluarganya.

"Setiap hari hampir 13 jam saya di tempat kerja. Kesempatan meluangkan masa dengan isteri dan keluarga di Kampung Pandan Dalam hanya hadir pada hujung minggu, itu pun waktu siang sahaja," maklumnya.

Semuanya dilakukan demi kestabilan rumahtangganya. Bertugas sebagai kakitangan JAWI, dia sering berhadapan dengan banyak kes perceraian, dan sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan kewangan. Dia tidak mahu perkara sama berlaku pada keluarganya.

Pada masa sama, dia juga percaya bahawa kebahagiaan rumah tangga terbentuk apabila perhatian yang secukupnya diberikan antara satu dengan yang lain. Jafni tidak mahu kerana terlalu mencari wang, keluarganya tidak dapat bersamanya.

"Lebih-lebih lagi saya bakal mendapat anak, sudah pasti perhatian perlu diberikan kepadanya. Saya khuatir, budak-budak sekarang semakin liar tanpa pengawasan ibu bapa. Umur tak sampai 12 tahun dah merayau-rayau di pusat beli belah. Yalah, ibu bapa sekarang sibuk bekerja," ceritanya.

Disebabkan itu, kerjanya di Tesco itu bukan untuk jangka masa yang lama. Ia sekadar untuk menampung kos persediaan menyambut kelahiran anak sulungnya di samping mengumpul sedikit modal. Dia merancang untuk menjalankan perniagaan sendiri supaya dia ada masa sendiri dan tidak terikat kepada waktu kerja yang tetap.

"Itulah, saya rancang macam nak berniaga burger di sekitar kawasan rumah saya ni. Tengoklah, apa ikhtiar lain yang boleh saya buat. Kecil-kecilan pun tak apa, sekurang-kurangnya saya dapat bersama keluarga.

"Saya baru berkahwin, permulaan hidup memang agak sukar. Tapi mahu tak mahu memang kena kerja keras sikit lah, nak buat macam mana," kata Jafni tenang.

No comments:

Post a Comment