Wednesday 16 December 2015


Mayat dalam sungai

Oleh Zuliaty Zulkiffli 
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Mayat wanita tanpa identiti ditemui di dalam sungai berhampiran Kampung Kuala Rimau, Mukim Padang Pusing, Pendang, dekat sini, petang tadi.
Mayat itu ditemui pada 4 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.
Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada 4.20 petang.
Menurutnya, tiada sebarang identiti mangsa ditemui setakat ini dan hasil pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.
“€œMayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 04-7596222 untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 16 Disember 2015 @ 7:21 PM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100559?m=1#sthash.NO4XZvza.dpuf

No comments:

Post a Comment