Sunday 27 December 2015

Tsunami

posted on Sunday, December 27th, 2015 
  Pinterest 
tsunami
Walaupun sudah lebih sedekad tragedi Tsunami 2004 melanda, namun Kedah terutamanya Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda masih berisiko untuk dilanda tsunami, kata Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria @ Che Kob. Ia disebabkan kedudukan geografi kawasan berkenaan yang berdekatan dengan kawasan sebelah Barat Sumatera yang merupakan kawasan aktif berlakunya gempa bumi.
Langkawi berisiko tinggi terkena tsunami terlebih dahulu, memandangkan tsunami pada 2004 menyaksikan jarak antara pusat gempa dengan Pantai Chenang lebih dekat.
“Mengikut jarak rentas (lurus) antara pusat gempa dengan Langkawi, kita anggarkan 550 kilometer, tapi kalau jarak sebenar ombak tsunami boleh bergerak ialah hampir 1,000 kilometer,” katanya.
Kesan tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi-Barat Laut Sumatera, pada 26 Dis 2004 menyaksikan Pantai Chenang di Langkawi mencatatkan ketinggian ombak 3.7 meter, dan masa ketibaan tiga jam 15 minit dan Kuala Muda pula mencatat ketinggian ombak 3.9 meter dengan masa ketibaan empat jam 32 minit.
“Risiko tsunami sentiasa ada sebab kawasan di Utara dan sebelah Barat Sumatera memang kita panggil kawasan aktif disebabkan oleh pertembungan dua plat tektonik yang menyebabkan gempa bumi,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, untuk tempias tsunami sampai ke negeri Kedah, gempa bumi yang berlaku perlulah melebihi magnitud 8.0 pada Skala Richter di kawasan Sumatera terlibat.   Kata beliau buat masa ini terdapat 8 stesen seismologi di negeri Kedah yang berupaya mengesan kejadian gempa bumi dan 8 siren tsunami yang berfungsi untuk memberikan amaran awal sekiranya ada kemungkinan tsunami akan berlaku.
5 daripada siren yang berada di Langkawi:
  1. Pantai Cenang
  2. Padang Mat Sirat
  3. Telaga Harbour
  4. Kuala Teriang
  5. Pantai Pasir Hitam
3 siren di tanah besar:
  1. Kota Kuala Muda
  2. Tanjung Dawai
  3. Kuala Kedah
Sumber : mStar
- See more at: http://www.suriafm.com.my/berita-terkini/langkawi-kota-kuala-muda-berisiko-dilanda-tsunami/#sthash.xVOcFqmi.dpuf

No comments:

Post a Comment