kebiadaban mereka berpeluk mesra sambil menikmati santapan enak dengan anak musuh negara? Merekalah (pembangkanglah) pelakon sandiwara sebenar," bidas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Mas Ermieyati ketika menyampaikan ucapan dasarnya di persidangan Puteri Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno, hari ini turut menyifatkan pembangkang 'musuh dalam selimut' kepada negara.
"Pada mereka, ia hanyalah satu lagi episod drama Kerajaan. Kononnya nyawa anggota keselamatan kita ini adalah taruhan dan buah catur yang kita boleh gerak-gerakkan demi kepentingan politik dan akhirnya temberang mereka sendiri yang pecah. Belang mereka semakin terserlah.
"Jangan dilupa bagaimana mereka mencaci dan menghina anggota keselamatan yang berhempas pulas menjaga keselamatan negara dari dicerobohi dan dipermainkan oleh pihak luar," katanya.
Pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram menjadi bualan ramai sejak Jacel memuat naik gambarnya bersama Izzah di media sosial sejak 9 November lalu.
Pertemuan itu telah menarik perhatian ramai termasuk pimpinan politik dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, isu pertahanan dan keselamatan adalah isu yang amat rumit dan besar.
Ia jauh lebih kompleks dan tidak semudah daripada yang disangka.
"Ia bukan sahaja berkisar peluru dan senapang, malah berkaitan bom dan jet pejuang.
"Kepimpinan kita sentiasa meletakkan kepentingan negara melebihi dari perkara yang lain dan yang lebih penting, janganlah kita termakan hasutan serta menjadi agen penyebaran maklumat palsu tanpa kita sedar ianya hanyalah diperdaya oleh permainan licik mereka," katanya lagi.