Thursday 31 December 2015


Anne Muhammad
Dikemaskini 
 
Ahli-ahli PAS diminta berhati-hati kerana perkembangan politik terkini mungkin menunjukkan satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan parti itu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Iskandar Samad.
Katanya, media mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno berikutan pertemuan antara Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program Multaqa Al-Azhar minggu lalu.
“Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno.
"Pimpinan Umno pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk "meminang" PAS.
“Media-media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS telah menjadikan isu ini berita utama mereka.
“Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti,” kata Iskandar dalam kenyataannya hari ini.
Ada udang sebalik batu
Sementara itu, Iskandar berkata media turut mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong dan menentang perpaduan bersama Umno bagi memungkinkan ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri.
“Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana "political move" dari Umno ini mungkin terdapat "udang di sebalik batu".
“Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama,” katanya.
Dalam pertemuan di Multaqa Al Azhar, Najib dan Hadi tampil di pentas yang sama, bahkan berpakaian sedondon merah jambu dengan memberikan ucapan senada ke arah kerjasama politik.
Multaqa tersebut turut memuktamadkan tujuhresolusi yang antaranya menyeru kerjasama politik antara PAS dan Umno.
Najib dalam ucapan perasmian multaqa itu menawarkan kerjasama bagi membentuk hubungan rapat bersama PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.
7

No comments:

Post a Comment