“Tidak pernah saya jangkakan pendahulu saya akan menentang saya dengan cara ini,” katanya tanpa menyebut nama secara langsung.
Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam Simposium Pasaran Modal Sedunia di Kuala Lumpur.
Mahathir melakukan pelbagai cara untuk menurunkan Najib, termasuk hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lalu.
Mahathir bertindak demikian walaupun beliau semasa 22 tahun pentadbirannya menolak keras perhimpunan jalanan atas alasan kestabilan negara.