Sunday, 20 September 2015

Nora Danish Hampir Rebah Ketika Persembahan Afghan 



Pelakon Malaysia, Nora Danish hampir rebah apabila mendegar Afgan mendendangkan lagu kegemarannya "Kamu Yang Ku Tunggu" di dalam Konsert Suara Hati Afgan yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Nora Danish, 34, berkata dia terpegun dan terpesona dengan kemantapan vokal penyanyi Indonesia itu.

"Sebenarnya sejak dulu lagi saya sudah meminati Afgan namun perasaan itu bertambah menggunung setelah hadir ke konsertnya semalam. Ternyata, Afgan dianugerah oleh Tuhan dengan vokal yang begitu luar biasa.

"Saya seperti hendak pengsan ketika dia (Afgan) menyanyikan lagu duet berjudul Kamu Yang Ku Tunggu bersama Datuk Rossa kerana ia adalah lagu kegemaran saya.

Malah, lagu Terima Kasih Cinta dan Jodoh Pasti Bertemu juga adalah antara lagu mendapat tempat di hati saya. "Saya sama sekali tidak menyangka Rossa akan turut sama membuat persembahan di konsert semalam. 

Jadi saya seperti terpegun ketika mereka membuat persembahan duet yang begitu indah sekali," katanya memetik laporan dari BH Online.

Selain dari itu, Nora Danish turut memuji kebijakan Afghan berkomunikasi dengan penontonnya.

"Bukan saja mempunyai vokal yang mantap, Afgan juga bijak berkomunikasi dengan penonton yang hadir. Jenaka lucu yang digunakan beliau ketika konsert menyempurnakan lagi keseluruhan persembahan.

"Boleh dikatakan sehingga ke hari ini saya masih lagi menonton video persembahan Afgan semalam. Sememangnya saya berpuas hati dengan konsert berskala besar Afgan buat julung kali di Malaysia ini," kata Nora. - Siakapkeli.my
Blogger ( 0 ulasan )
Facebook (1 comments)

No comments:

Post a Comment