Friday, 25 September 2015

Al fatihah! Maut Terkena Parang Untuk Sembelih Lembu Korban



Mangsa Suharto Bin Meodjib Dimjati

48 thn

Taman Cahaya Baru, Yong Peng.

Pada 24/9/15 jam lebih kurang jam 1100 hrs. bertempat di Surau Tmn BCB Yong Peng. Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih.



Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan. 


Setelah lembu itu selesai disembelih, lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercampak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati. 


Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng Untuk mendapatkan Rawatan. 


Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia.

Si mati bersama beberapa orang jemaah Surau Tmn BCB Yong Peng menjalankan ibadah qurban dan secara tidak sengaja si mati telah tercedera dan mengakibatkan kehilangan banyak darah dan meninggal dunia. 


Semasa kejadian simati ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.


Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. 


Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI )







sumber : mewarnaimu9.blogspot.my

1 RESPONSE TO "AL FATIHAH! MAUT TERKENA PARANG UNTUK SEMBELIH LEMBU KORBAN" 

abd naser bin bedu said...
Hanya Allah yang maha mengetahui apakah hikmah disebalik semua yang terjadi.... 
Al Fatihah khas untuk Arwah Suharto Meodjib Dimjati. Semuga pengorbananya diterima sebagai ibadah.. Aaminnnnn

No comments:

Post a Comment