Sunday, 20 September 2015

8 Tabiat Lelaki Yang Membuatkan Anda Nampak Lebih Tua Berbanding Umur Sebenar



Menjadi lumrah bagi laum Adam untuk tidak bersolek dan kurang menjaga penampilan seperti kaum wanita di mana lelaki dikatakan tidak terlalku kisah mengenai perkara ini.

Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki menadak mereka tidak punyai cukup masa untuk berbuat demikian dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual. Akibatnya, kaum lelaki yang jarang menjaga penampilan diri kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka.

Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka 'cepat tua':

1) Cuci muka menggunakan sabun mandi


Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.


2) Bercukur tanpa menggunakan krim

Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.


3) Merokok

Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.


4) Kurang makanan sihat

Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.


5) Kurang minum air

Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.


6) Tidak memakai pelembap kulit

Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.

Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.


7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari

Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan 'merana' nanti.


8) Kurang bersenam

Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat. - Siakapkeli.my

Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment