Saturday, 5 September 2015
"Itu kerana kamu hamil di usia lewat 36 tahun,"
Seterusnya tibalah hari yang ditunggu, hari bersalin. Proses bersalin secara ceaser berjalan dengan lancar. Setelah aku sedar, doktor masuk ke dalam bilik dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya apa jantina anak yang aku harapkan.
Aku jawab yang aku hanya mendambakan kurniaan daripada Allah. Tidak penting bagi aku apa jua jantinanya. Lelaki atau perempuan, akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.
"Bagaimana kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekali gus?" tanya doktor.
Aku terkejut. Aku tidak memahami apa yang dinyatakan oleh doktor.
"Apa maksud doktor?"
"Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekali gus. 2 bayi lelaki dan seorang perempuan," katanya.
Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekali gus untuk mengejar ketinggalan dan lantaran kelewatan umur aku.
Sebenarnya doktor itu mengetahui yang aku mengandung anak kembar 3 tetapi dia tidak menyampaikan berita itu kepada aku agar aku tidak cemas menjalani proses kehamilan.
Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:
(ولسوف يعطيك ربك فترضى)
"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )
"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)
Bacalah ayat ini dengan penuh taddabur dan menghayatinya. Teruskan berdoa dengan hati yang penuh keyakinan bahawa Allah tidak pernah dna tidak akan pernah membiarkanmu.
Oleh : Amirah@Al-Quran Pelita Dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment