Thursday, 10 September 2015

Bapa Rakam Adegan Seks Anak Sendiri
Gambar Hiasan
UNITED KINGDOM– Ayah kepada seorang remaja lelaki dihukum penjara selama empat tahun kerana perbuatan meluat yang memasang kamera pengintip atas katil anak sendiri untuk melihat aksi anaknya mengadakan hubungan seks dengan teman wanita.
Menurut mahkamah, lelaki berusia 53 tahun yang sudah berkahwin itu didapati sering mendengar bunyi dari bilik tidur pasangan itu dan berasa ingin tahu akan eksploitasi seksual mereka.
Oleh itu, dia pun memasang kamera pengintip di loteng atas katil mereka dan kemudian merakamkan aktiviti seksual pasangan tersebut.
Tambahan lagi, lelaki miang itu telah menghubungkan susulan video tersebut pada televisyen di dapur supaya dia boleh menontoninya ketika memasak.
Tetapi malang bagi lelaki tua tersebut kerana anak perempuannya pula ternampak akan filem rakaman bapanya itu secara tidak tersenjaga semasa dia menukar saluran televisyen di dapur mereka.
Anak muda itu kemudian memberitahu kepada teman wanita abangnya itu dan mereka berdua dengan segera memeriksa bilik abang dimana mereka telah mengesan kamera tersembunyi disitu.
Apa yang lagi memeranjatkan adalah apabila mereka menemui ‘screenshot telanjang’ teman wanita tersebut daripada video rakaman yang dibuat oleh bapa teman lelakinya itu.
Lelaki itu yang tidak dapat dinamakan bagi melindungi identiti anak-anaknya, menundukkan kepalanya kerana rasa malu dihadapan hakim dimahkamah.
Dia dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun oleh hakim atas jenayah mengkhianati keluarga sendiri.
Selain itu, lelaki tersebut juga dilaporkan telah berkelakuan tidak senonoh dengan menyentuh dan meraba anggota badan anak perempuannya yang berusia 12 tahun itu.
Wanita muda itu kemudian telah memberanikan diri untuk memberitahu kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku ke atasnya selepas peristiwa kamera tersembuyi ayahnya itu terbongkar.

Sumber

No comments:

Post a Comment