Thursday, 3 September 2015

Amat memalukan!!!

Negara kita dipilih mempengerusikan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa tapi Perdana Menteri negara kita tidak mempengerusikannya & merasmikannya! Malah berada disuatu tempat yang tidak sepatutnya dia berada...

Kenapa ini boleh berlaku?!! Jika PM kita masih berkeras menegakkan pendirian tidak bersalah mahupun ada kaitan dengan skandal kewangan 1MDB & menganggap RM2.6 billion yg berada dalam akaun peribadinya itu adalah DERMA, MAKA kenapa perlu takut berhadapan dengan Media Antarabangsa? Inilah peluang keemasan baginya untuk menerangkan cerita sebenar disebalik kemelut 1MDB & DERMA tersebut!

Sememangnya PM kita terlalu bergantung kepada penasihat2nya yang ternyata sebenarnya memalukan dirinya! Alasan yg diberi oleh Paul Low sangat tidak masuk akal! Keganasan apakah yang dimaksudkan Paul Low akan berlaku terhadap PM jika dia hadir ke persidangan penting itu? Apakah negara sudah tidak selamat untuk PM bergerak ke sana & ke mari?!! Apakah negara kita negara militan sehingga PM dirasakan tidak selamat?

Sungguh amat memalukan kita semua  ada PM mcm ni!! Di mata dunia negara kita sudah dianggap "OK Rasuah?" di mana semua duit masuk kini perlu berada dalam akaun peribadi PM & diistiharkan sebagai  DERMA! Di masa hadapan, janganlah lagi ada persidangan seumpama ini sementelah PM kita pun tidak mahu menerangkan pada dunia apa masalahnya dengan 1MDB & RM2.6 billion yang ada dalam akaun peribadinya! Bagaimana negara kita boleh diangkat sebuah negara yang memerangi rasuah atau anti rasuah kalau beginilah sikap pemimpin negara kita?!

P/S:
Yang nyata rakyat dah FED UP GILER dengan Najib!

No comments:

Post a Comment