Thursday, 7 May 2015

NAHAS DUKE - 2 pemandu Myvi didakwa esok

myvi duke

SHAH ALAM : Pemandu kereta yang menyebabkan kematian tiga beranak dalam kemalangan maut di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta, esok.

Selasa lalu, Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Fuad Abd Latiff memaklumkan bahawa siasatan terhadap kes kemalangan itu sudah 90 peratus siap.

Beliau berkata, siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana pelanggaran berlaku serta mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai menjadi punca kemalangan.

Dua pemandu itu masing-masing lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada 9 pagi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan maut di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Setakat ini, 11 orang sudah dirakam keterangan termasuk dua pemandu berkenaan dan saksi utama kejadian.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


RELATED POSTS :

No comments:

Post a Comment