SITIAWAN – Kerosakan jalan utama ke No 18-B, New Road Kampung Koh, dekat sini mengganggu aktiviti harian penduduk dan juga beberapa kakitangan kerajaan yang menetap di kawasan itu.
Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid berkata, jalan berbatu sepanjang satu kilometer kini sudah berlubang-lubang dan tidak rata.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk kurang selesa untuk menggunakan jalan berkenaan namun mereka tiada pilihan lain.
“Saya difahamkan hampir 20 tahun jalan berbatu itu belum diturap malah sekarang telah rosak teruk dan perlu dibaik pulih segera.
“Saya memohon agar kerajaan dapat menyalurkan peruntukan dari pakej rangsangan ekonomi untuk pembinaan jalan yang selesa untuk penduduk di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.
Mohamad Imran berkata, keadaan jalan berbatu itu turut menyebabkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak pada musim panas akibat debu dari kawasan itu.
“Jalan ini merupakan laluan utama kepada penduduk kampung ini menuju ke pusat bandar.
"Apa yang membimbangkan saya adalah keadaan jalan berkenaan yang berlubang-lubang disepanjang laluan sehingga membahayakan pengguna yang melalui,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, di laluan berkenaan tidak dipasang lampu jalan dan membimbangkan penduduk apabila melaluinya pada waktu malam.
“Walaupun belum pernah lagi berlaku kemalangan yang meragut nyawa di situ namun apa yang penting keselamatan penduduk kampung ini terbela.
“Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini dan saya berharap pihak berkenaan dapat hadir ke sini untuk melihat masalah dihadapi penduduk sekali gus mengatasinya dengan segera," katanya.

No comments:
Post a Comment