Thursday, 21 May 2015

Wakil kedutaan Myanmar kurang ajar

Ridhuan-Mohd_rohingya_600
Ridhuan-Mohd_rohingya_600KUALA LUMPUR : Percubaan Pas dan gabungan NGO yang menggelar diri mereka Komuniti Bertindak Untuk Rohingya gagal untuk menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar.
Bukan setakat enggan berjumpa, wakil kedutaan juga meminta supaya memorandum berkenaan diletakkan di peti surat.
Berang kerana kehadirannya tidak dilayan, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor kemudian bertindak mengoyak dan membuang tuntutan berkenaan.
“Tindakan Kedutaan Myanmar yang tidak mahu menghantar pegawai mereka untuk menerima memorandum menunjukkan sikap biadap mereka kepada rakyat Malaysia.
“Kita menuntut tiga perkara yang sangat penting ini. Mereka sekarang dipaksa lari ke laut dan diperdagangkan sindiket. Ia perlu diselesaikan dari akarnya,” katanya.
Dia berkata, Malaysia perlu menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi ASEAN untuk menghentikan tindakan tidak berperikemanusian Myanmar terhadap etnik Rohigya.
“Kita mengetuai Asean sekarang, Malaysia mesti tegas. Kalau mereka (Myanmar) tak nak dengar, buat satu sekatan ekonomi atau pecat Myanmar dari Asean,” katanya.
Selepas dua percubaan untuk menyerahkan memorandum pada pagi Khamis gagal, Dr Riduan berkata, pihaknya mengancam akan mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Myanmar.

No comments:

Post a Comment