Thursday 21 May 2015

TAUBAT

Dalam melayari perjalanan hidup ini, manusia memang tak lepas dari melakukan dosa. Sebabnya kita semua tergolong dalam golongan makhluk yang lemah. Dosa memang semua orang buat samada besar atau kecil.

Dosa ibarat hutang, mesti ditebus. Selayaknya kena cuba settle dosa semasa masih hidup di dunia ini. Kalau tidak semua akan di carry forward sampai ke akhirat nanti. Semua akan dicatit, tidak akan terlepas.

Hendaklah memperbanyakkan minta ampun pada Allah. Kalau bersalah kepada sesama manusia, kena mohon maaf pada orang tersebut.

Selalu lah beristighfar "Astaghfirullah hal azim al la dzi la ila ha illa hu wal hayyul qayyum waatu bu ilaih" (Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya)

Sabda Nabi s.a.w maksudnya:

“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” [HR. at-Tirmidzi]

Orang yang dekat dengan Allah ialah orang yang selalu bertaubat pada Allah. Orang yang selalu bertaubat hati dia bersih. Untuk merealisasikan taubat ini perlu ada kesungguhan dari segi lisan dan perbuatan. Sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah cepat2 memohon ampun dari Allah.

No comments:

Post a Comment