Saturday, 23 May 2015

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat.

“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

Itulah permintaan seorang individu yang dikenali Hafizal berumur 27 tahun. Hafizal merayu pengguna media sosial seperti facebook supaya berhenti menyebarkan dan memuat naik gambar kad pengenalan atau Mykad beliau.

Gambar kad pengenalannya mula tersebar sejak akhir-akhir ini, yang memaparkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan status jantina khunsa.

Hafizal juga mengatakan dia berasa malu kerana Mykad beliau bukan sahaja dimuat naik di laman media sosial malah diedit sampai begitu sekali sebelum di muat naik.Ini kerana hafizal mengatakan dia hilang arah selepas gambar-gambar Mykad dibuat sebegitu rupa dan ramai kawan-kawan dan pelanggan hantar gambar tesebut kepada hafizal. Ini kerana dia mencari rezeki yang halal 

Selain daripada itu hafizal juga mengatakan dia tidak menggangu orang kenapa hina dia sebegitu rupa

Hafizal turut meminta maaf jika ada yang berasa hati dan perasaan pihak dan mengesa mereka supaya menghentikan penyebaran gambar tersebut

“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

Komen-komen di Media SOSIAL Kebanyakan pembaca terharu dan melahirkan rasa simpati terhadap Hafizal yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.

Komen-komen di media sosial

Nurul Fazreen Ezzaty: kesiannya kat dia..

Aaron Sahib Respect: jgn hina org

Muhammad Amir: Tugas kita menegur bukan menghina. Manusia manusia

Disebabkan gambar tersebar Hafizal terpaksa menanggung malu kerana dia diasak dengan pelbagai persoalan dan mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya malah lebih buruk, dia turut dilemparkan kata-kata buruk. - See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/04/saya-malu-gambar-mykad-saya-diedit-dan.html?m=1#sthash.H88tD64M.dpuf

No comments:

Post a Comment