PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki mencium wang yang dimuat naik di laman Facebook sebuah syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) menimbulkan tanda tanya.
Pendekatan itu dikatakan digunakan bagi menarik lebih ramai peserta.
“Yuran RM725 ( percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308) serta nota, 3 x makan minum dan sijil – berminat mencari solusi kejayaan dgn kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik rezeki melimpah ruah.. insya allah dipelajari dlm seminar ini.
“The secret Law of Attraction akan dibongkar utk kita praktikan.. daftar segera”, antara status yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan FMT, ruang komen di laman berkenaan telah dipadam. Terhad 20 org sahaja.
Sebelum ini, Siakapkeli memetik komen pengguna yang dikenali sebagai Eiji yang menyifatkan perbuatan lelaki dalam gambar berkenaan mencium duit sebagai mengarut.
No comments:
Post a Comment