Tuesday, 5 May 2015

Kes Lelaki Kena Rogol Ketika Jogging Tak Benar



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal khabar angin kononnya seorang lelaki telah dirogol oleh lima individu homoseksual ketika sedang bersenam di Taman Tasik Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi Sinar Harian Ketua Polis Daerah ACP Azisman Alias berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana individu tentang kejadian tersebut.
Berita tersebut dipercayai mula tercetus apabila seorang wanita memuat naik status di laman sosial mendakwa rakannya yang merupakan anggota polis melarang tunangnya bersenam pada waktu malam kerana terdapat beberapa kes rogol melibatkan lelaki berlaku di Taman Tasik Shah Alam.
Ada yang berkongsi rasa kurang percaya dengan kejadian tersebut dan ada pula yang menyatakan kebimbangan untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan itu.
Tulisnya, insiden terbaru melibatkan lima individu bertubuh sasa yang telah menyebabkan baju mangsa terkoyak dan lehernya dipenuhi kesan gigitan!


No comments:

Post a Comment