Monday 4 May 2015

Buah pinggang merupakan salah satu organ tubuh yang sangat penting untuk dijaga. Organ tubuh ini boleh mengalami kerosakan jika pemiliknya tidak menjaganya dengan mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat.

Seperti yang dialami oleh seorang pesakit di Hospital Sir Ganga Ram, di New Delhi. Pesakit ini mengalami kerosakan buah pinggang hingga akhirnya buah pinggan tersebut harus di dibuang. Namun, apa yang berlaku selepas buah pinggang tersebut diangkat. Doktor terkejut melihat buah pinggang pesakit yang tidak mahu disebutkan namanya tersebut seberat 2.76 kilogram di mana berat tersebut hampir sama dengan berat bayi yang baru dilahirkan iaitu 20 kali ganda dari saiz buah pinggang normal



Pesakit buah pinggang tersebut sering mengeluh sakit pada perutnya hingga akhirnya ia memutuskan untuk membuat pemeriksaan doktor. Doktor pun membuat pemeriksaan dari pesakit yang berusia 45 tahun itu.

Perunding dan Pakar Bedah Urologi di rumah sakit itu, Dr Manu Gupta, mengatakan bahawa pembedahan yang dilakukan dalam wad kecemasan dan memerlukan masa selama tiga jam untuk mengeluarkan buah pinggang saiz yang luar biasa tersebut.

"bahkan lebih rumit kerana buah pinggang berada dekat dengan di sekitar usus," ujarnya doktor

Ternyata lelaki ini menderita penyakit buah pinggang autosomal dominan polisistik, sejak tahun 2014. Setelah buah pinggang pertama dikeluarkan kemudian juga buah pinggang kedua dikeluarkan dan mempunyai berat 2.5 kilogram. Lelaki ini setiap hari membawa buah pinggang yang beratya mencapai 5 kilogram didalam tubuhnya.

Pada masa ini lelaki tersebut sedang menunggu proses pemindahan buah pinggang, dan menunggu apakah tubuhnya dapat menerima buah pinggang baru atau tidak.

"Hidupnya kini akan bergantung pada seberapa baik tubuhnya menerima buah pinggang baru," lanjut Dr Vinant Bhargav.
Penyakit aneh yang dialami oleh lelaki ini ternyata belum pernah ditemui dalam rekod.

Menurut Guinness World Records, buah pinggang yang seberat 2.72kg telah memecah rekod dunia mengatasi rekod sebelum ini iaitu seberat 2.1 kg yang telah dibuang di Dhule India

No comments:

Post a Comment