05/02/2015 by Ana Ghoib
 

Ambiga ditangkap polis, perintah reman dimohon hari ini

ambiga-sreevenasan-gst

Polis telah menangkap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkaitan dengan perhimpunan anti-GST malam tadi – Gambar Malaysiakini
Dalam satu catatan Twitter, peguam Latheefa Koya berkata Ahli Parlimen (MP) Seremban, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan juga turut ditahan.
Ketiga-tiga mereka akan ditahan semalaman dan perintah reman akan dipohon hari ini.
Terdahulu, Ambiga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dimaklumkan akan ditahan polis susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) siang tadi.
Katanya seorang pegawai polis memberitahu peguamnya bahawa beliau akan ditahan semalaman.
“Saya terkejut. Ini perhimpunan aman,” katanya.
Kira-kira 20,000 orang hadir dalam perhimpunan siang tadi di ibu negara.
Ambiga dan peguam hadir di ibu pejabat polis pada jam 9.40 malam.
Sementara itu, Arutchevelan, yang tiba pada jam 10.50 malam, berkata polis pada mulanya memberitahunya semuanya berjalan dengan baik.
“Selepas protes itu, saya hubungi ketua ketenteraman awam Dang Wangi dan beliau berkata semuanya berjalan dengan baik. Oleh itu, saya hairan mereka buat tangkapan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata I Mei dirayakan di seluruh dunia dan oleh itu adalah tidak wajar untuk bertindak terhadap perhimpunan tersebut. – Baca lanjut di Malaysiakini
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia