05/01/2015 by Ana Ghoib
Ahmad Maslan pula yang maafkan pengkritik, nafi umum tiada GST untuk prabayar
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akur dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan isu GST ke atas kad isian prabayar untuk dijawab oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bermula hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menegaskan hari ini beliau tidak pernah membuat kenyataan yang kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Namun katanya, beliau akur dengan arahan perdana menteri yang menyerahkan isu GST ke atas kad isian prabayar untuk dijawab oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bermula hari ini.
“Saya tak pernah kata isian semula tiada GST. Ini kerana saya dah bercakap tentang isian semula dan GST ini sejak setahun setengah yang lalu,” katanya pada sidang media di Permatang Pauh, petang ini.
Datuk Seri Najib Razak terdahulu hari ini mengarahkan hanya Datuk Ahmad Shabery Cheek sahaja dibenarkan membuat sebarang pengumuman tentang isian semula kad prabayar.
“@shaberyc, please take charge of the top up issue.
“Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM sahaja,” umum Najib menerusi akaun Twitternya sekitar jam 2.30 petang tadi.
Ahmad mengakui menerima dan memahami arahan itu.
“Ya, beliau sudah bagi arahan dan kita akur pada arahan itu. Sebelum ini beliau tak bagi arahan itu.
“Saya akur pada perdana menteri dan saya tak lagi bercakap apa-apa tentang isian semula (prabayar) ini,” katanya lagi.
Beliau juga memaafkan mereka yang memperlekehkan usahanya dalam menerangkan isu GST dan isian prabayar itu kepada orang ramai.
“Saya maafkan mereka yang tuduh saya bohong, tuduh saya bodoh. Saya maafkan mereka,” katanya.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia semalam menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ia selaras pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kajian mengenai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi.
Ia sekali gus bercanggah dengan pengumuman Ahmad sebelum ini mengatakan Kabinet memutuskan harga isian semula prabayar akan kembali tanpa GST.
Mengulas lanjut perkara itu petang ini, Ahmad berkata beliau yakin Shabery akan mampu menguruskan isu tersebut dan membawanya ke Kabinet untuk dibincangkan.
“Apabila perdana menteri bagi arahan begitu, maka Shabery akan teruskan. Oleh kerana Kabinet dah buat keputusan, tentunya Shabery akan ke Kabinet semula,” katanya.
Beliau juga berkata tidak akan serik menangkis kritikan yang dilemparkan kepadanya memandangkan beliau diamanahkan menerangkan pelaksanaan GST selaku ketua penerangan Umno dan timbalan menteri kewangan.
“Saya sudah maklumkan pegawai saya, dan minda saya, untuk bersedia dikritik, difitnah, dicaci-maki, selama 6 bulan.
“Kenapa saya ke depan dalam hal ini? Ia kerana saya memakai 2 topi.
“Saya tahu ia tidak popular, tetapi saya tahu ia perkara yang betul,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan sebuah pasar raya Mydin di Permatang Pauh. – TMI
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank
User Online
User Online
No comments:
Post a Comment