Wednesday, 4 February 2015

Zacheela Dot Com

Tips jumpa bakal madu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blog Denaihati bukanlah blog kisah poligami seperti blog Sweetkurma yang banyak berkongsi kisah poligami tapi pernah sekali menulis entri bertajuk “Poligami pengalaman peribadi“. Dah baca ke … kalau belum baik cepat-cepat klik entri tu lepas tu klik pulak link blog Sweetkurma.
Baru-baru ini aku terima email dari seorang pembaca setia. Katanya dia cuma beberapa kali email kepada blog Sweetkurma nak kongsi artikel poligami tetapi tak ada maklumbalas makanya dia kirimkan kepada aku. Menarik juga artikel “tips jumpa bakal madu” memang aku tak ada pengalaman tapi mungkin boleh jadi panduan kepada yang berkenaan. Jom baca.
Aku terpanggil untuk menulis “tips jumpa bakal madu” kerana menerima “private message” dari seorang teman yang bertanya tentang tips jumpa bakal madu, tidak bertanya lebih, diri ini beranggapan yang teman ini ingin berkahwin dengan lelaki yang sudah punya isteri. Aku tidak langsung bersangka sangka terhadap teman ini, kerana bercerita tentang jodoh, ianya seperti rezeki yang telah ditentukan, namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Oleh itu cari lah jodoh yang baik, siapa jodoh kita? dengan siapa? semuanya kerja Allah SWT, atas dasar ini, Allah perintah kepada kita untuk terus berusaha dan berdoa. kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT tentang jodoh kita. adakah ianya lelaki bujang, duda atau suami orang?
Kehidupan bermadu ini ada baik dan buruknya.
Sekadar gambar hiasan kredit: coldheartediceprincess.blogspot
Kalau ianya melibatkan suami orang atau lelaki yang sudah punya isteri..! adakah itu pilihan kita…? atau ianya satu ketentuan dari Ilahi bahawa jodoh kita sememangnya dengan lelaki yang sudah punya isteri…? bagi kita yang terlibat sudah tentunya itu lah jodoh yang Allah beri untuk kita iaitu dengan lelaki yang sudah punya isteri…!
Itu semua kata kita, tapi adakah masyarakat akan berkata perkara yang sama, iaitu sudah jodoh kita, mungkin ada yang kata “YA” dan mungkin juga ada yang kata “TIDAK”, maksudnya kita sememangnya “gatal” memilih suami orang sebagai calon suami… begitu juga pandangan di pihak isteri sedia ada oleh bakal suami kita, tentunya dan aku berani kata bahawa “kita segaja gatal memilih suami dia di sebabkan, mungkin rupa-parasnya, kedudukannya, hartanya dan macam2 lagi”.
Kalau ada isteri yang betul2 sanggup atau sedia menerima orang baru sebagai madu dalam hidupnya, sudah tentu-tentunya dan aku berani kata bahawa akan ada syarat2 yang dikenakan terhadap suami dan juga bakal madunya…. ini kerana aku sendiri punya pengalaman lebih 13 tahun hidup bermadu, dimana aku menjadi yang kedua, sentiasa bermohon terhadap Ilahi cukup lah tu kannnn…. risau juga aku ni ya…. biasa lah aku pun ada perasaan cemburu, kan itu tanda sayang….
Kehidupan bermadu memerlukan tolak ansur antara satu dan lain.
Sekadar gambar hiasan
Berhubung dengan tips tu, sebenarnya tidak lah susah sangat, mungkin yang menyebabkan teman aku tu bertanya atas perasaan gementar, risau dan mungkin tahap ketakutan yang terlalu tinggi untuk bertemu dengan bakal madu dia….
Bagi aku, tak perlu terlalu takut atau risau akan di marahi atau di maki-hamun (bahasa kasarnya), kerana peranan suami sangat besar dalam soal memberi penjelasan kepada isterinya atas niat baiknya untuk berpoligami, si suami lebih tahu akan isterinya, bila isterinya sanggup berjumpa, bermakna si suami sudah 80% berjaya menyakinkan isterinya tentang niat sucinya itu…..kerja kita sebagai madu hanya 20% sahaja….
Apa yang perlu teman aku lakukan adalah, betul kan niat mengapa mahu berkahwin dengan lelaki tersebut, kalau kerana Allah, demi sunnah Rasul dan demi menghindar dari berlaku perkara-perkara yang menjerumus kepada maksiat….
Selainnya, buat solat istikharah, mohon petunjuk Ilahi, apa yang patut dilakukan, berdoa agar Allah permudahkan segalanya…inshaAllah niat yang baik, apa tah lagi untuk mendirikan masjid, Allah akan bantu…. Allah maha pemberi…
Melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk.
solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk daripada Ilahi
Bagi aku sendiri, aku memang suka membaca dan mengamalkan surah2 pendek supaya Allah lindungi dari niat jahat sesama insan, supaya lidah kita lancar ketika berbicara dengan bakal madu, agar hati madu jadi lembut bila melihat kita dan yang paling penting adalah redha Allah SWT…. moga kita menjadi “permata” buat isteri dari suaminya….
Contoh surah2 pendek yang penulis selalu amalkan, sebahagiannya adalah :-
  • Surah Yaasin (ayat yang ke 9)
  • Surah Ali-Imran (ayat yang ke 200)
  • Surah Al-Taubah (ayat 123 – 124)
Kalau boleh dalam perjalanan hendak berjumpa tu bersalawat lah sebanyak mungkin….. banyak lagi surah2 pendek yang boleh di amalkan…. agar Allah permudahkan segalanya, aminnn
Nasihat aku, jika sudah diterima sebagai madu tu, biarlah jadi madu yang berhemah, tidak tamak, tidak dominan terhadap suami, kena banyak bertolak ansur, kena banyak bersyukur bahawa kita telah di pilih oleh Allah SWT untuk berkongsi suami (ini lah yang aku sering lakukan dan sentiasa berusaha untuk menjadi madu yang terbaik)…. yang penting jangan berhenti untuk terus kekal dan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah…
Mengecapi hidup bahagia dalam rumahtangga tidak terletak kepada pasangan yang tidak berpoligami atau bermadu, orang yang berpoligami atau bermadu ini juga layak atau boleh mengecapi kebahagian di dunia dan mudah2an hingga ke Jannah, asasnya bagaimana kita menjalani hidup yang sudah ditakdirkan buat kita….
Sekian yang aku boleh kongsikan tentang tips berjumpa dengan bakal madu ini, kalau ada salah dan silap, dalam keikhlasan member tips ini, hanya kemaafan sahaja yang penulis pohon….
Mungkin pembaca entri ini punya tip-tip yang boleh dikongsi, kerana penulis yakin banyak lagi tip-tip yang boleh di kongsi bersama…
Wassalam

---

    Kongsi pendapat anda 

     *
     Confirm you are NOT a spammer
    CommentLuv badge
  1. sebuah artikel yang boleh juga dijadikan rujukan untuk lebih menatapkan hati ketika suami berpoligami
    Entri terbaru islam di dadaku – PERINGATAN KEPADA PENOLAK POLIGAMIMy Profile
  2. wajib baca bagi yang akan segera bermadu supaya dapat pengajaran agar tidak merasa campur aduk
  3. bagaimana ya perasaan kalau nak jumpa bakal madu pasti campur aduk semuanya ada
  4. Hmm..nak jumpa madu kn tips hg..alahai xpyh la..pgalaman saya sndri la baru jumpa dh blagak samseng..owh tjerit2 dtpt keja mcm pontianak harum sundal mlm..prangai mak aii dh la status bini org..smata2 si laki sndri xhensem dh blacklist dh pokai minta cerai slps 18thn bsama..kejar kan laki org mgikis pulak..tido umah jantan bpleseran mcm xde anak laki adat sgt la..jumpa dgn kita jerkah2 nya kita mcm kita yg amik laki dia…xmalu sungguh..skrg meroyan nak kawin..nak kawin..
  5. sesungguhnya mak jemah tak mampu. Hanya engkau yang mampu :)
    tapi mak jemah tak sesekali menilai orang nak bermadu ni. Hanya dia yang tahu apa niat yang sebenarnya.
    Entri terbaru Mak Jemah Jual Vitamin – Wajah Baru Blog Mak JemahMy Profile
  6. Nak jumpa madu pun ada tips ye! Poligami ni kalau kena gayanya tak jadi masalah pun..keluarga ayah saya pun banyak yg amalkan poligami ni
    Entri terbaru nord – Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman WanitaMy Profile
  7. nak mohon dielakkan bermadu , tapi kalau Allah takdirkan juga siapa aku utk melawannya.
    kalau terjadi pd aku, aku harap aku tabah — dan Allah lebih mudahkan urusan aku diakhirat nanti.
    Entri terbaru sekilass – Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-3 [Aki & Norfa]My Profile
  8. Ada juga rupanya tips seperti ini. Apapun, semoga bermanfaat kepada madu atau bakal madu…  :)
    Entri terbaru Vander Good – Hari Inovasi : Produk daripada buah TarapMy Profile
  9. Ok…terima kasih atas perkongsian ni..boleh bagitau isteri suruh baca artikel ni ha..mungkin berguna buat beliau..haha
    Entri terbaru Pondok Kecil – Hargai Wang Dan Masa SebaiknyaMy Profile
  10. hehe susah betul nk komen isu ini,tapi kenalah ikhlas dan jangan ego,manusia ada hati dan perasaan,jika yang madu bru tu semoleknya jaga hati madu lama,sayangkan nya kerana besar pengorbanannya mengorbankn hati demi kebahagiaan insan lain,.
    Entri terbaru ohpilihanku – Siapakah Pembeli Pertama iPhone 6 ?My Profile
  11. berjumpa madu pun ada tips…sangat bagus..persoalannya adakah madu-madu itu betul-betul sedia untuk berjumpa antara satu sama lain
    Entri terbaru hpmurah2u – Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogenMy Profile
  12. nak berpoligamai kena berfikir dulu ya kaum adam adakah anda mampu untuk memberi keperluan khas buat isteri dan anak2 kalau tak mampu jangan nak berpoligamai ya..hihii:)
    Entri terbaru adna2029 – Baju Menutup Aurat Di SweetMuslimahMy Profile
  13. Jika sesuatu yang halal dan dibenarkan oleh agama Islam pasti ianya ada sebabnya. Begitu juga dengan berpoligami namun semuanya ini mestilah bukan sekadar berlandaskan nafsu semata2.
    Nak jumpa bakal madu?…hmm, mungkin tips diatas boleh dijadikan panduan. No komen… :)
    Entri terbaru Relaks Minda – Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rateMy Profile
  14. Bukanlah mudah untuk hidup berpoligami ini. Semoga mereka yang hidup bermadu akan dapat sentiasa bersabar hendaknya.
    Entri terbaru Sally Yatiey – Quote: Don’t CompareMy Profile
  15. Moga mereka yang bermadu dapat bersabar banyak banyak. Hidup berkongsi suami bukan sesuatu yang mudah sebab ianya sepanjang hidup. Tunaikan tanggungjawab masing masing dengan baik.
    Entri terbaru Azhafizah – Wordless Wednesday #120 | Tentang andaMy Profile

Trackbacks

  1. […] tentang ilmu MADU tetapi bukan seperti kisah sebelum ini iaitu “Hati seorang MADU” atau “Tips Jumpa bakal MADU“. Kali ini kita nak bercerita kisah MADU yang dihasilkan binatang istimewa lebah sehingga disebut […]
  2. […] bagi yang tidak suka dan entri sejuk bagi yang memerlukan dari blogger idaman asia tenggara tentang “tips jumpa bakal madu”, tiba2 teringat tentang penyanyi salima AF yang baru tiga bulan menjadi isteri ke […]

No comments:

Post a Comment