Juara MLM 2014, kumpulan Zero memberitahu bahawa hasil wang kemenangan mereka yang bernilai RM 500,000 itu akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah, dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.
“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif sambil berseloroh.
Sementara itu, dalam satu temubual di radio Era FM, kumpulan Zero mengesahkan kisah lawak yang dipaparkan sewaktu tema muzikal di pentas final adalah realiti kehidupan meraka.
Syaiful telah bekerja menyara keluarga setelah ayah mereka tidak ada dan kemudian Atu pula menyara keluarga setelah mereka menyertai Raja Lawak.
Sewaktu itu, memang susah nak dapat job bertiga, hanya Atu sahaja lebih menonjol dengan menyertai beberapa rancangan seperti Fear Factor, Kauter Kaboom dan HavocWarna.
Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan untuk memancing pengundi. Baginya mereka sekiranya tidak bergelar juara, mereka tetap mahu untuk menunaikan hajat keluarga.
Kini setelah bergelar juara, mereka merancang untuk menetap di kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment