Wednesday, 4 February 2015

Chanthuru penyelamat JDT

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Johor Bahru: Johor Darul Ta'azim (JDT) mara ke peringkat seterusnya dalam pusingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 selepas menewaskan pasukan Liga India, Bengaluru FC 2-1 pada aksi yang mengheret ke 32 minit masa tambahan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin di sini, malam tadi.
JDT menyumbat gol perlawanan pertama menerusi tandukan Hariss Harun yang berjaya menewaskan penjaga gol Bengaluru , Lalthuammawia, pada minit ke-56.
Bagaimanapun, menuju ke minit akhir perlawanan penyokong tempatan tergamam selepas sepakan sudut dari kapten pasukan Bengaluru, Sunil Chhetri menerjah terus ke gawang yang dikawal oleh Farizal Marlias pada minit ke-89.
Permainan bertambah menarik selepas kedua pasukan menggandakan asakan untuk memburu gol namun jaringan S Chanthuru pada minit ke-96 memusnahkan impian lawan.
Juara bertahan Liga Super itu menewaskan juara Liga India berkenan dan bakal beraksi dalam pusingan kelayakan kedua bertemu juara Piala FA Thailand, Bangkok Glass FC di Stadium Leo Pathum Than, Selasa ini.
Andai menang perlawanan itu nanti, JDT akan berdepan kelab China, Beijing Guoan FC di Beijing pada 17 Febuari dan jika sekali lagi menang, JDT layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara 2015.
Ini adalah aksi bergaya kedua JDT di laman sendiri selepas menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2015 pada 31 Januari lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 4 Februari 2015 @ 11:34 PM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28600?m=1#sthash.Tp2ydOlY.dpuf

No comments:

Post a Comment