Wednesday 4 February 2015





Kebanyakan orang menyukai urutan badan lebih-lebih lagi pada tahap tisu-tisu yang dalam. Urutan seperti ini menekankan kepada tahap tisu yang paling dalam pada badan iaitu tendon dan fascia dan hasilnya pasti akan melegakan ketegangan otot-otot.

Bunyinya seperti sangat hebat bukan? Tetapi bagaimana sekiranya urutan ini diganti dengan empat ekor ular sawa Burma?

Itulah tawaran terbaru di sebuah zoo bandar Cebu, Filipina. Empat ekor ular sawa bernama Michelle, Walter, EJ dan Daniel, diberi makan terlebih dahulu sebelum diletakkan pada pusat pelancongan.

Spa tersebut berhampiran dengan pintu masuk zoo dimana orang-orang yang berni mencuba boleh baring di atas katil buluh manakala ular sawa pula akan menjalankan tugas mereka. Ia Mungkin kelihatan sangat ngeri bagi sesetengah mereka. ─ Siakapkeli.com.my


No comments:

Post a Comment