JOHOR BAHRU – Cuaca di Johor dilaporkan cerah dan bilangan mangsa banjir di daerah terjejas dilaporkan berkurangan.

Keadaan banjir yang lambat surut menyebabkan 116 mangsa daripada 24 keluarga tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Laporan jam 4 petang dari Majlis Keselamatan Negara cawanganJohor menunjukkan air masih bertakung di kawasan terjejas.

Enam pusat pemindahan kekal dibuka di Segamat dan Batu Pahat namun merekodkan pengurangan jumlah mangsa di dua pusat yang dibuka.

Berikut laporan pusat yang masih beroperasi, di SK Kg Spang Loi(11);Balairaya Kg Batu Badak(28), Sek Agama Kg Kuala Paya(30) dan Balairaya Kg Tandung(10)dan Balairaya Kg Sanglang (9), Segamat.

Sementara di Batu Pahat, iaitu SK Kota Dalam (28).