Tuesday, 27 January 2015

Genre : Romantik

Pengarah : Mohammed Feroz Abdul Kader

Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.

Global Station Sdn. Bhd.

Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Bahasa : Bahasa Malaysia

Tarikh Tayangan : 22 Januari 2015

Format : High Definition

Durasi : 124 minit

Ulasan
Filem Suamiku Encik Perfect 10 antara pembuka filem bagi tahun 2015 yang dibintangi pelakon popular seperti Lisa Surihani, Aaron Aziz, Raja Ilya dan Jehan Miskin.

Bagi penulis, lakonan mereka yang bersahaja dan bijak memainkan watak masing-masing menampakkan filem ini berada di landasan yang tersendiri.

Cuma penulis lebih tertarik dengan watak Tok Zaharah iaitu lakonan Normah Damanhuri yang nampak lebih neutral, bersahaja dan tegas selaku ketua keluarga.

Bimbang dengan cucunya Zarief Zainal (Aaron Aziz)  yang sudah bertunang lama tapi musykil dengan personaliti bakal cucu menantunya iaitu Azura Hanim (Raja Ilya) yang tidak serius dengan perkahwinan.

Maka dengan itu, Tok Zaharah telah memainkan peranannya untuk menyiasat latar belakang Azura terutama kehidupan seharian  dalam kerjayanya seorang model.

Normah Damanhuri membawa watak sebagai Mak Tok amat terkesan di jiwa penulis kerana memek muka, gerak badan dan tutur kata yang amat bersahaja.

Tidak terlalu ‘over’ mengunakan loghat utara, membuatkan Normah Damanhuri berada di kelasnya tersendiri . Setiap kali Mak Tok membuka mulut, ayatnya memang ‘makan hati’ atau ‘makan dalam’ apabila mendengarnya.

Nasihat dan keputusan yang dibuat oleh Mak Tok juga amat sinonim dengan kehidupan seharian dan tidak terburu-buru untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapinya.

Kalau nak tahu apa yang Mak Tok bimbangkan mengenai cucunya, adakah Mak Tok berjaya selesaikan masalah yang dihadapi keluarganya, jangan lupa menonton ini Suamiku Encik Perfect 10 di pawagam berdekatan yang sudah ditayangkan pada 22 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment