Banjir: 400 sukarelawan JPM ke Kelantan
January 2, 2015
SEREMBAN - Seramai 400 sukarelawan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan ke Kelantan Isnin ini bagi membantu mangsa banjir membersihkan kawasan kediaman mereka.
Ketua Penolong Setiausaha 1, Bahagian Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Shukri Janudin berkata kesemua sukarelawan akan berada selama lebih kurang seminggu di kawasan yang terlibat.
"Kumpulan pertama akan bertolak Isnin ini menaiki 10 buah bas dan kumpulan kedua dan ketiga akan bertolak selepas kumpulan pertama sukarelawan pulang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan barangan dan sumbangan oleh sembilan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata, selain alat-alat membersihkan rumah, pasukan sukarelawan turut membawa sumbangan wang dan barang-barang keperluan harian untuk diberikan kepada mangsa banjir.
"Untuk penjawat awam yang ingin menyertai pasukan sukarelawan ini, mereka akan diberi pelepasan kerja oleh ketua jabatan masing-masing," kata Shukri. - Bernama
AKAN MENYUSUL

No comments:
Post a Comment