Tuesday, 27 January 2015

a selepas mesyuarat ada yang mengatakan, siapa yang buat mesyuarat? Siapa yang buat keputusan?  Maka tidak ada fitnah yang lebih besar daripada itu.

Jika berlaku apa-apa keburukan selepas mesyuarat dan ada orang berkata, ahli mesyuarat tidak menerima pandangan kami oleh sebab itu berlaku keburukan. Kata-kata demikian adalah perangai orang munafik. Sementara orang beriman akan kata 'Kami beriman dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh ALLAH.'

Mintalah cadangan daripada orang yang duduk diam semasa mesyuarat. Jika tidak, apabila selesai mesyuarat, orang macam itu akan berkata "Ahli mesyuarat tidak ambil syor pun dari kami lalu mereka dah buat keputusan."

Jika ada orang bertanya selepas selesai mesyuarat "Sebenarnya apa cadangan kamu semasa mesyuarat tadi?" Jawabkan kepadanya, "Apa keputusan mesyuarat, itulah cadangan kami." Dalam keadaan demikian, jika dia tetap bertanya, "Apa cadangan kamu dalam mesyuarat tadi?" Katakan kepadanya, "Kami telah beri cadangan kami dalam mesyuarat".

Jika mesyuarat dilakukan dengan mengenepikan mana-mana ahli syura atau orang tanggung jawab maka syura atau orang yang diketepikan itu akan membentuk kumpulannya menentang ahli mesyuarat. Lantaran itu rakan-rakan seusaha .akan sibuk dengan masalah dalaman dan takaza agama akan terbengkalai.

Jika ada mana-mana rakan seusaha meletakkan sesuatu takaza kepada orang lain dengan niat untuk melepaskan dirinya sedangkan ia tidak ada apa-apa uzur syara' maka sebenarnya dia secara terang-terangan mengingkari usaha dakwah.

Sesiapa yang melepaskan takaza kepada orang lain maka ALLAH akan pinggirkan dia dari usaha dan bangkitkan orang lain untuk buat usaha.

Tiada penyesalan dalam mesyuarat.

Jangan potong cadangan sesiapa dan jangan pandang hina cadangan sesiapa.

Amir tidak terikat dengan sedikit atau banyak syor.

Bermesyuarat adalah sunnah. Namun, pecahkan hati adalah haram. ·
Sebelum mesyuarat, pendapat boleh berbeza. Tetapi selepas keputusan amir, semua kena bersatu pendapat dan mengatakan keputusan amir adalah pendapat saya.

Semasa keluar di jalan Allah, mesyuarat dilakukan untuk 3 perkara;
a. Sebagaimana kita keluar ke jalan ALLAH untuk belajar agama demikianlah orang kampung pun perlu dikeluarkan untuk belajar agama.
b. Bagaimana semua orang Islam di sini dapat hidupkan amalan iman.
c. Untuk aturkan tertib amalan jemaah selama 24jam.

Duduk dalam mesyuarat dengan niat untuk taat, jangan duduk dalam mesyuarat dengan niat supaya orang lain taat kepada kita dan dengar cakap kita.

Berikan syor bukan gaya menghukum/memerintah.

Keputusan mesyuarat boleh diubah hanya dengan mesyuarat.

Duduklah mesyuarat dengan penuh fikir.

Jika ada yang berkata, "Syor saya tidak diterima dalam mesyuarat oleh kerana itulah berlaku kerugian/keburukan." Ini adalah cara orang munafik.

Bermesyuaratlah samada untuk urusan agama ataupun dunia.

Bermesyuarat adalah amalan yang ·disukai ALLAH, sunnah segala rasul, amalan para sahabat r.anhum serta keperluan kita yang penting.

Berilah syor dengan mementingkan manfaat agama yang lebih banyak.

Bermesyuarat sebelum mesyuarat adalah rancangan jahat, bermesyuarat selepas mesyuarat adalah pemberontakan.

Tiga perkara kena ada pada amir mesyuarat:
Pernah keluar ke jalan ALLAH
Istiqamah 5 amal
Ada sifat menyatupadukan

Amir jemaah patut ada 3 sifat :
Kasih sayang seorang ibu
Pemerhatian seorang ayah
Tarbiah seorang ustaz

Perbezaan pendapat adalah rahmat. Perpecahan hati adalah azab. Mustahab untuk bermesyuarat dalam urusan peribadi dan wajib bermesyuarat untuk urusan ijtimai.

Jika amalan ijtimai dibuat sendiri-sendiri ( tanpa mesyuarat) itu merupakan ujub.

Diterjemahkan oleh: Maulana Muhammad Razif Abdul Wahab.

No comments:

Post a Comment